Pages

Sunday, September 21, 2014

SOLAT QASAR DAN JAMAK

    1. Rukhsah Solat :

  • Solat ialah ibadah yang paling penting kepada setiap muslim 
  • Ia wajib dilaksanakan mengikut waktu dan cara yang ditentukan 
  • Namun Allah yang maha pengasih memberi Rukhsah kepada hambanya yang bermusafir
  • Rukhsah ialah kemudahan atau keringanan untuk orang bermusafir untuk melaksanakan solat dengan cara Qasar dan Jamak
  • Seorang yang bermusafir kesuatu destinasi yang jauh diharuskan menunaikan solat fardhu secara Qasar dan Jamak atau kedua-duanya sekali

    Rukhsah Solat :   

  • Qasar 
  • Qasar dan Jamak 
  • Jamak
    2. Kemudahan Solat  Qasar dan              Jamak :

  • Jamak dari segi bahasa ialah himpunan atau kumpul
  • Istilah syarak, solat Jamak ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu dengan syarat tertentu
  • Qasar pula segi bahasa ialah pendek dan ringkas
  • Segi istilah, solat Qasar ialah memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat
  • Hukum solat Qasar dan Jamak ialah harus 


    3. Syarat-Syarat Perjalanan yang Diharuskan Qasar dan Jamak :

  • Tidak bertujuan melakukan maksiat
  • Destinasi yang dituju melebihi dua marhalah 
  • Mengetahui destinasi yang dituju

   4. Maksud Solat Jamak dqn Takdim :

  • Solat Jamak Takdim ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama iaitu menunaikan solat zuhur dan menunaikan solat maghrib dengan solat isyak dalam waktu maghrib
  • Solat Jamak Takhir ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu kedua, iaitu menunaikan solat zuhur dengan solat asar dalam waktu asar atau menunaikan solat maghrib dengan solat isyak dalam waktu isyak

    5. Hikmah Disyariatkan Solat Qasar dan Jamak :

  • Tanda-tanda kasih sayang Allah kepada umat nabi Muhammad
  • Memberi keringanan kepada umat islam untuk menunaikan solat fardhu ketika dalam perjalanan 
  • Supaya seseorang dapat melaksanakan ibadah solat yang begitu penting dan tidak boleh ditinggalkan 

No comments:

Post a Comment