Pages

Wednesday, September 17, 2014

AL-RAHIM : ALLAH MAHA PENYAYANG

1. Maksud Al-Rahim :

  • Al-Rahim bermaksud maha penyayang
  • Nama Allah yang mulia ini berasal daripada perkataan rahmat yang mengandungi makna penuh kasih sayang, kebajikan dan kemuliaan
  • Allah menyayangi orang yang pemurah terutama kepada orang  mukmin di dunia dan di akhirat

( Surah Al-Ahzab ayat 43 )


Bermaksud : Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat (memohon keampunan untukmu), supaya dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya . Dan adalah dia (Allah) sentiasa melimpakan rahmatnya kepada orang yang beriman ( di dunia dan di akhirat).
    2. Kesan beriamn dengan Allah yang Bersifat Al-Rahim : 

  • Bersyukur kepada Allah dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan 
  • Menggunakan nikmat kurniaan Allah dengan sebaik-baiknya
  • Menjaga hubungan baik sesama manusia 
3. Ciri-Ciri Tindakan yang Bertentangan dengan Konsep Al-Rahim :
  • Bersifat baghil
  • Bersifat begis, pemarah dan suka bergaduh
  • Tidak menghormati guru, ibu bapa dan para pemimpin  
4. Perbezaan antara Sifat Al-Rahman dengan Al-Rahim :
   
      A. Al-Rahman :
  • Untuk semua hamba Allah sama ada islam atau bukan islam
  • Untuk nikmat di dunia sahaja seperti kekayaan, pangkat, kesihatan  dan lain-lain
       B. Al-Rahim :

  • Khusus untuk orang yang beriman sahaja 
  • Untuk nikmat di dunia dan di akhirat seperti nikmat islam, iman, hidayah, pahala, syurga dan lain-lain 

No comments:

Post a Comment