Pages

Friday, September 19, 2014

AL-ADLI : ALLAH MAHA ADIL

    1. Maksud Allah Bersifat Al-Adli :

  • Al-Adli bermaksud Allah maha adil
  • Keadilan Allah adalah mutlak
  • Allah menyuruh manusia melakukan keadilan dan mengharamkan kezaliman

   2. Tanda-Tanda Allah Bersifat Al-Adli :

     
     A. Kejadian Manusia :
  • Allah menjadikan manusia sempurna dengan tubuh badan dan akal fikiran 
  • Terdapat segelintir manusia yang cacat, ini bukanlah bermakna Allah berlaku zalim

( Surah Al-Infithar ayat 7 )

الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ

Bermaksud : “Dialah tuhan yang mencipta kamu lalu menjadikan anggota kamu sesuai dengan fungsinya serta menjadikan binaan tubuh badan kamu sama padan dengan kekuatannya “.  

     B. Iklim :
  • Keadilan Allah terserlah melalui penciptaan muka bumi yang mempunyai pelbagai iklim
  • Penduduk yang tinggal di kawasan khatulistiwa menjadikan nasi sebagai makanan asasi mereka kerana iklim dan muka bumi mereka sesuai untuk tanaman padi
  • Penduduk di kawasan menditirinian menjadikan roti sebagai makanan asasi mereka kerana iklim dan muka bumi mereka sesuai untuk tanaman gandum


     
     C. Hukum dan Peraturan :
  • Hukum-hukum dan peraturan islam adalah satu keperluan manusia
  • Semua hukum yang ditentukan oleh Allah adalah adil dan saksama untuk mewujudkan keadilan dan kesejahteraan 
    3. Kesan Melaksanakan Sifat Adil :
  • Negara aman dan tenteram 
  • Diberkati dan dihormati oleh Allah
  • Dihormati dan disegani oleh orang lain 
   4. Akibat Tidak Berlaku Adil :
  • Kehidupan tidak aman 
  • Mendapat kemurkaan Allah 
  • Berlaku perpecahan di kalangan masyarakat

No comments:

Post a Comment