Pages

Thursday, September 18, 2014

AL-ALIM : ALLAH MAHA MENGETAHUI

    1. Maksud Allah Bersifat Al-Alim :

  • Al-Alim bermaksud maha mengetahui
  • Allah mengetahui segala-galanya 
  • Tidak ada sesuatu yang tersembunyi daripada ilmu Allah
  ( Surah AL-Malik ayat  13 )
Beramaksud : Dan sembunyikan atau jelaskanlah percakapan kamu, sesungguhnya dia ( Allah )mengetahui apa yang terlintas di hati kamu.

  2. Perbezaan Ilmu Allah dan Ilmu Manusia :

      A. Ilmu Allah :
  • Ilmu Allah tidak memerlukan kajian kerana Allah yang mencipta segala-galanya
  • Allah mengetahui perkara ghaib, malah tidak ada sesuatu yang ghaib bagi Allah 
     B. Ilmu Manusia : 
  • Pengetahuan manusia bergantung kepada sejauh mana kebolehannya mendapat maklumatnya. Manusia boleh mengkaji bulan dengan teleskop, menyelam ke dasar lautan untuk menggali petroleum dan mengesan virus yang membiak menggunakan mikroskop
  • Ilmu manusia tidak dapat mengjangkau ke alam ghaib seperti alam barzakh dan alam akhirat


  
 3. Amalan yang Bertentangan dengan Sifat Al-Alim :
  • Belajar secara sambil-lewa
  • Tidak jujur dalam melakukan kebaikan 
  • Memandang ringan terhadap dosa dan kemungkaran 

No comments:

Post a Comment