1. Pengertian Tanggungjawab
Mencegah Kemungkaran :
- Kemungkaran ialah setiap perbuatan yang diharamkan oleh syariat islam sama ada kesalahan terhadap Allah atau kepada manusia dan alam sekitar
2. Cara mencegah
kemungkaran :
A. Mengubah dengan Tangan :
- Maksud mengubah dengan tangan ialah mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut kemampuan dan bidan kuasa masing-masing
B. Mengubah dengan Lidah :
- Sekiranya seseorang itu tidak mampu mengubah dengan kuasanya, dia hendaklah mengubah dengan percakapan atau lisan iaitu dengan memberi nasihat dan bimbingan yang baik

C. Mengubah dengan Hati :
- Sekiranya tidak mampu mengubah dengan lisan maka hendaklah mengubah dengan hati , iaitu dengan cara membenci kemungkaran tersebut menjauhkan diri dari tempat kemungkaran itu
3. Hikmah Tanggungjawab setiap muslim
mencegah kemungkaran :
A. Individu :
- Menjadi kesejahteraan hidup
- Dapat membaiki sahsiah dan meningkatkan kualiti diri
B. Masyarakat :
- Melahirkan masyarakat yang prihatin
- Melahirkan masyarakat yang berakhlak cemerlang
C. Negara :
- Kegiatan ekonomi dapat ditingkatkan
- Negara aman dan damai
No comments:
Post a Comment