Pages

Thursday, September 18, 2014

AL-HAKIM : ALLAH MAHA BIJAKSANA

    1.Maksud Allah Bersifat Al-Hakim :
  • Al-Hakim bermaksud maha bijaksana 
  • Kebijaksanaan Allah terserlah pada segala ciptaannya yang beraneka rupa 
  • Sesetengah kita boleh melihat kebijaksanaan Allah tetapi ada yang kita tidak boleh melihatnya
   2.Tanda-Tanda Allah Bersifat Al-Hakim :
    
     A. Cap Jari Manusia :
  • Manusia mempunyai cap jari tersendiri
  • Tidak ada sesiapa yang mempunyai cap jari yang sama walaupun saudara kembar
( Surah Al-Qiamat ayat 3-4 )

Beramaksud : Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan ( kembali ) tulang-belulangnya ? Bukan demikian, sebenarnya kami berkuasa menyusun kembali hujung jari-jemarinya dengan sempurna .

      B. Pepohon Hijau :
  • Daun-daun hijau menjalankan proses fotosintesis
  • Dalam proses ini, oksigen turut terhasil
( Surah Yassin ayat 80 )

Bermaksud : Dia ( tuhan ) yang menjadikan api ( boleh didapati ) daripada pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun sentiasalah menyalakan api daripada pohon itu. 
     
      C. Penciptaan  Laut dan Sungai :
  • Allah mencipta air laut masin, manakala air sungai tawar
  • Bahkan antara kedua-duanya terdapat sempadan atau pemisah



    3.Kesan Beriman kepada Al-Hakim :
  • Pandai menguruskan kerja mengikut keutamaan 
  • Menghargai setiap ciptaan kurniaan Allah 
  • Menggunakan nikmat akan untuk mencari keredaan Allah 
   4. Amalan yang Bercanggah dengan konsep Al-Hakim : 
  • Banyak berkhayal dan berangan-angan 
  • Memandang rendah orang yang berilmu pengetahuan  
  • Menyalahgunakan nikmat akan untuk melakukan kejahatan  

No comments:

Post a Comment