1. Nama dan Tugas Malaikat yang Wajib
Diketahui :
- Malaikat ialah makhluk Allah yang taat
- Mereka tidak pernah menderhaka
- Semua arahan dan tugas yang dipertanggungjawabkan Allah dilaksanakan oleh para malaikat dengan penuh ketaatan dan dedikasi
(
Surah Al-Tahrim ayat 6 )
Bermaksud
: ….Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras, kasar (
layanannya ) mereka ( malaikat ) tidak menderhakai Allah terhadap apa-apa yang
diperintahkan kepada mereka dan mereka sentiasa melakukan apa-apa yang
diperintahkan .
2. Nama dan Tugas Malaikat :
Jibril – Meyampaikan wahyu kepada
para Rasul dan Nabi.
Mikail – Menurunkan hujan dan
mengatur pembahagian rezeki.
Israfil – Meniup sangkakala pada
hari kiamat sebanyak dua kali.
Kali pertama menandakan kehancuran alam. Kali
kedua
menandakan bahawa manusia dihidupkan kembali.
Izrail – Mengambil nyawa setiap
makhluk yang bernyawa.
Munkar – Menyoal orang mati di
dalam kubur.
Riduan – Menjaga pintu syurga.
Rakib – Mencatat amalan baik
setiap manusia.
Atid – Mencatat amalan buruk
setiap manusia.
3 .Tugas Umum Malaikat :
- Mendoakan orang mukmin yang beribadat
- Bertasbih dan beribadat kepada Allah
- Membantu dan menolong tentera islam
4. Perbezaan Antara Tugas Malaikat dengan Manusia :
- Melaksanakan tugas dengan taat
- Melakukan tugas tanpa balasan pahala
B. Tugas Manusia :
- Melaksanakan tugas dengan pilihan
- Melakukan tugas dan mendapat balasan pahala
No comments:
Post a Comment