Pages

Friday, September 26, 2014

PUASA MENJANA KEPERIBADIAN MUSLIM : GOLONGAN YANG HARUS BERBUKA PUASA


    1. Keharusan Berbuka Puasa :
  • Islam ialah agama yang sesuai dengan fitrah manusia, fleksibel, dan mudah diamalkan tanpa membebankan manusia 
  • Contohnya ibadah puasa yang difardukan kepada manusia ialah untuk kebaikan  

   2. Golongan yang Harus Berbuka           Puasa :
  • Orang sakit tenat yang tiada harapan untuk sembuh 
  • Orang yang bermusafir melebihi dua marhalah
  • Orang yang sudah tua tidak mampu berpuasa

   3. Golongan yang Wajib Qada’, Wajib Fidyah, Wajib Qada’ dan kifarah        Puasa :

     1. Wajib Qada' :
  • Orang yang bermusafir diharuskan syarak 
  • Perempuan yang haid, wiladah dan nifas
  • Orang sakit yang dapat memudaratkan jika berpuasa
      2. Wajib Fidyah :
  • Orang yang mengalami sakit tenat dan tiada harapan untuk sembuh
  • Orang yang sudah tua dan tidak berdaya untuk berpuasa
      3. Wajib Qada' dan Fidyah' :
  • Orang yang lambat menunaikan qada' puasa hingga sampai ramadan yang berikutnya
     4. Wajib Qada' dan Kifarah :
  • Suami yang melakukan persetubuhan dengan sengaja pada waktu siang di bulan ramadan  

Tuesday, September 23, 2014

PUASA MENJANA KEPERBADIAN MUSLIM

    1. Takrif Puasa :
  • Puasa dari segi Bahasa bermaksud menahan diri
  • Manakala dari segi Istilah syarak bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari sisertakan dengan niat.
  • Puasa ialah rukun islam yang ke 3 dan wajib ditunaikan oleh umat islam 
  • Puasa mempunyai banyak kelebihan dan banyak berfaedah bagi umat islam
( Surah Al-Baqarah ayat 183 )

Bermaksud : Wahai orang beriman, diwajibkan di atas kamu puasa seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.

    2. Perkara yang Membatalkan Puasa :
  • Gila
  • Murtad 
  • Melahirkan anak
  • Pengsan sepanjang hari
  • Muntah dengan sengaja 
  • Keluar haid atau nifas
   3. Syarat-Syarat Waji Puasa :
  • Islam - Orang kafir tidak diwajibkan berpuasa kerana tidak ada maknanya selagi ia tidak memeluk islam
  • Baligh - Kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa sebelum ia baligh
  • Berakal - Orang yang tidak berakal atau gila tidak diwajibkan berpuasa
  • Bebas daripada uzur syarie - Uzur syarie yang menegah daripada puasa ialah haid, nifas dan n                                                 pitam sepanjang hari
                                                      - Uzur yang mengharuskan berbuka puasa ialah sakit yang boleh                                                             memudaratkan sekiranya berpuasa

   4. Syarat-Syarat Sah Puasa :

  • Mumaiz
  • Islam 
  • Berakal
  • Suci daripada haid dan nifas
   5. Perkara Makruh Ketika Puasa :
  • Berbekam
  • Berkumur secara berlebihan
  • Terlalu kerap atau lama mandi
   6. Hikmah Puasa :
  • Membina kekuatan jasmani dan rohani
  • Membina sifat ikhlas dan sabar ketika puasa
  • Merasai rasa keinsafan dan rasa belas kasihan terhadap fakir miskin
   7. Akibat Buruk Orang yang tidak Berpuasa  :
  • Dimurkai Allah
  • Hidup tidak akan tenang
  • Selalu berputus asa 


Sunday, September 21, 2014

SOLAT QASAR DAN JAMAK

    1. Rukhsah Solat :

  • Solat ialah ibadah yang paling penting kepada setiap muslim 
  • Ia wajib dilaksanakan mengikut waktu dan cara yang ditentukan 
  • Namun Allah yang maha pengasih memberi Rukhsah kepada hambanya yang bermusafir
  • Rukhsah ialah kemudahan atau keringanan untuk orang bermusafir untuk melaksanakan solat dengan cara Qasar dan Jamak
  • Seorang yang bermusafir kesuatu destinasi yang jauh diharuskan menunaikan solat fardhu secara Qasar dan Jamak atau kedua-duanya sekali

    Rukhsah Solat :   

  • Qasar 
  • Qasar dan Jamak 
  • Jamak
    2. Kemudahan Solat  Qasar dan              Jamak :

  • Jamak dari segi bahasa ialah himpunan atau kumpul
  • Istilah syarak, solat Jamak ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu dengan syarat tertentu
  • Qasar pula segi bahasa ialah pendek dan ringkas
  • Segi istilah, solat Qasar ialah memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat
  • Hukum solat Qasar dan Jamak ialah harus 


    3. Syarat-Syarat Perjalanan yang Diharuskan Qasar dan Jamak :

  • Tidak bertujuan melakukan maksiat
  • Destinasi yang dituju melebihi dua marhalah 
  • Mengetahui destinasi yang dituju

   4. Maksud Solat Jamak dqn Takdim :

  • Solat Jamak Takdim ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama iaitu menunaikan solat zuhur dan menunaikan solat maghrib dengan solat isyak dalam waktu maghrib
  • Solat Jamak Takhir ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu kedua, iaitu menunaikan solat zuhur dengan solat asar dalam waktu asar atau menunaikan solat maghrib dengan solat isyak dalam waktu isyak

    5. Hikmah Disyariatkan Solat Qasar dan Jamak :

  • Tanda-tanda kasih sayang Allah kepada umat nabi Muhammad
  • Memberi keringanan kepada umat islam untuk menunaikan solat fardhu ketika dalam perjalanan 
  • Supaya seseorang dapat melaksanakan ibadah solat yang begitu penting dan tidak boleh ditinggalkan 

BERIMAN DENGAN KITAB-KITAB SUCI

   1. Maksud Beriman dengan Kitab Suci :

  • Beriman dengan kitab-kitab suci bermaksud percaya serta membenarkan tanpa sebarang keraguan dengan apa-apa yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang terpilih daripada kalangan para rasul 
  • Setiap muslim wajib beriman dengan kitab-kitab suci sepenuh hati

    2.  Kandungan Al-Quran :

  • Akidah        : Beriman kepada Allah
  • Ibadat          : Menunaikan solat
  • Akhlak        : Berbuat baik kepada ibu bapa
  • Muamalat    : Jual beli 
  • Jenayah       : Hukum hadud
   3. Kesan Beriman dengan Al-             Quran :


  • Mendapat hidayah daripada Allah 
  • Mendapat rahmat dan keredaan Allah 
  • Mendapat ketenteraman jiwa

   4. Mukjizat Al-Quran :

  • Tiada sesiapapun mampu membuat dan menandingi Al-Quran
  • Isi kandungan Al-Quran terjamin kebenaran dan keasliannya sepanjang masa dan tidak mengalami perubahan

Saturday, September 20, 2014

BERIMAN KEPADA MALAIKAT : KESAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT

 1. Kesan Beriman kepada Malaikat :

     A. Perkataan :

  • Mengeluarkan ucapan yang baik dan berfaedah 
  • Sering mendoakan kesejahteraan orang lain
  • Berzikir, bertasbih dan beristighfar kepada Allah
     B. Perbuatan :
  • Taat dan mematuhi perintah Allah, ibu bapa, guru dan pemimpin
  • Berdisiplin dalam menunaikan tanggungjawab
  • Rajin dan sabar dalam melakukan sesuatu pekerjaan 
     C. Hati :

  • Ikhlas kepada Allah dalam melakukan ketaatan
  • Berani dan teguh hati dalam menghadapi cabaran hidup
  • Jiwa sentiasa tenang serta tiada keluh-kesah
     D. Pemikiran :
  • Melakukan muhasabah (penilaian ) tentang kehidupan diri sendiri sama ada menjadi hamba Allah yang taat atau sebaliknya
  • Berfikir supaya dapat menjadi manusia yang paling baik, mulia dan sempurna seperti para malaikat
  • Tegas, tetap pendirian dan bijak membuat keputusan dalam urusan kehidupan

BERIMAN KEPADA MALAIKAT : TUGAS-TUGAS MALAIKAT

    1. Nama dan Tugas Malaikat yang Wajib Diketahui :
  • Malaikat ialah makhluk Allah yang taat
  • Mereka tidak pernah menderhaka
  • Semua arahan dan tugas yang dipertanggungjawabkan Allah dilaksanakan oleh para malaikat dengan penuh ketaatan dan dedikasi
( Surah Al-Tahrim ayat 6 )


Bermaksud : ….Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras, kasar ( layanannya ) mereka ( malaikat ) tidak menderhakai Allah terhadap apa-apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka sentiasa melakukan apa-apa yang diperintahkan .

   2. Nama dan Tugas Malaikat :


Jibril – Meyampaikan wahyu kepada para Rasul dan Nabi.
Mikail – Menurunkan hujan dan mengatur pembahagian rezeki.
Israfil – Meniup sangkakala pada hari kiamat sebanyak dua kali.
             Kali pertama menandakan kehancuran alam. Kali kedua
              menandakan bahawa manusia dihidupkan kembali.
Izrail – Mengambil nyawa setiap makhluk yang bernyawa.
Munkar – Menyoal orang mati di dalam kubur.
Riduan – Menjaga pintu syurga.
Rakib – Mencatat amalan baik setiap manusia.
Atid – Mencatat amalan buruk setiap manusia.    

    3 .Tugas Umum Malaikat :
  • Mendoakan orang mukmin yang beribadat
  • Bertasbih dan beribadat kepada Allah
  • Membantu dan menolong tentera islam

   4. Perbezaan Antara Tugas Malaikat  dengan Manusia :
    
      A. Tugas Malaikat :
  • Melaksanakan tugas dengan taat
  • Melakukan tugas tanpa balasan pahala
     B. Tugas Manusia :
  • Melaksanakan tugas dengan pilihan 
  • Melakukan tugas dan mendapat balasan pahala



Friday, September 19, 2014

BERIMAN KEPADA MALAIKAT : KEUNIKAN MALAIKAT

   1. Pengertian Beriman kepada Malaikat :

  • Setiap muslim mukallaf wajib beriman dengan kewujudan malaikat 
  • Malaikat merupakan makhluk Allah yang sentiasa taat dalam melaksanakan semua perintah dan arahan Allah 

   2. Keistimewaan Malaikat :

  • Malaikat ialah makhluk unik yang dicipta oleh Allah berbeza dengan kejadian manusia 
  • Mereka makhluk yang bersayap, dicipta daripada cahaya dan boleh menjelma dengan rupa lelaki yang kacak 
  • Berperanan sebagai utusan Allah dalam pemerintahan Allah yang luas 

 ( Surah Fatir ayat 1  )

Bermaksud : Segala puji bagi Allah pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan yang mempunyai sayap, masing-masing ( ada yang ) dua, tiga, dan empat. Allah menyembahkan pada ciptaannya apa-apa yang dikehendakinya, sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.

   3. Sifat-Sifat Malaikat : 

    
     A. Sifat-Sifat Malikat :
  • Tidak mempunyai jantina lelaki atau perempuan 
  • Tidak berkahwin dan tidak berketurunan
  • Tidak makan dan tidak minum
     B. Sifat-Sifat Manusia : 
  • Mempunyai jantina sama ada lelaki atau perempuan 
  • Berkahwin dan berketurunan 
  • Makan dan minum 

   4. Kesan Beriman kepada Malaikat :

  • Menerima dan mematuhi arahan yang tidak bercanggah dengan syariat
  • Ada teman ghaib yang menemani 
  • Berwaspada dalam sebarang tindakan 

KESAN BERIMAN KEPADA ALLAH

   1. Pengertian dan Pembahagian Tauhid :
  • Tauhid bermaksud mengasakan Allah iaitu tidak menyamakan Allah dengan sesuatu 
  • Untuk menjadi seorang yang beriman, kita hendaklah beriman dengan ketiga-tiga tauhid tersebut 
     A. Tauhid Al-Rububiyah :

  • Perkataan " Rububiyah " berasal daripada perkataan " Robbun " yang bermaksud pencipta, pemilik dan pengawas
  • Manakala pengertian tauhid Rububiyah ialah meyakini bahawa hanya Allah yang mencipta, memiliki, menguasai, mentadbir, memelihara dan memerintah sekalian alam  
 ( Surah Alfatihah ayat 2 )


Bermaksud : Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam

  
     B. Tauhid Al-Uluhiyah :
  • Perkataan " Uluhiyah " berasal daripada perkataan " Ilahun " yang bererti yang dicintai, digeruni dan dipatuhi
  • Tauhid Uluhiyah ialah meyakini bahawa hanya Allah sahaja yang berhak disembah diabatti, dipatuhi, diminta pertolongan,digeruni dan dicintai

 ( Surah Alfatihah ayat 2 )


Bermaksud : ( Yang memiliki sifat-sifat yang ) demikian itu ialah Allah tuhan kamu : Tidak ada tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan dia : Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah dia : Dan dia adalah pemelihara segala sesuatu. 

     C. Tauhid Al-Asmaul Wassifat :

  • Tauhid Al-Asmaul Wassifat bermaksud meyakini bahawa ayat Allah sahaja dimiliki nama-nama yang indah 
  • Sifat-sifat yang sempurna dengan mensucikan Allah daripada segala sifat-sifat kekurangan dan sifat yang boleh menyerupai makhluk


  
 2.  Kesan Beriman dengan Tauhid Rububiah dan Al-Uluhiyah :

     
     A. Perbuatan :
  • Beramal untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat
     B. Perkataan :
  • Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran 
     C. Pemikiran :
  • Berfikiran terbuka dan luas pandagan
     D. Penampilan :
  • Merendah diri dan tidak sombong

AL-ADLI : ALLAH MAHA ADIL

    1. Maksud Allah Bersifat Al-Adli :

  • Al-Adli bermaksud Allah maha adil
  • Keadilan Allah adalah mutlak
  • Allah menyuruh manusia melakukan keadilan dan mengharamkan kezaliman

   2. Tanda-Tanda Allah Bersifat Al-Adli :

     
     A. Kejadian Manusia :
  • Allah menjadikan manusia sempurna dengan tubuh badan dan akal fikiran 
  • Terdapat segelintir manusia yang cacat, ini bukanlah bermakna Allah berlaku zalim

( Surah Al-Infithar ayat 7 )

الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ

Bermaksud : “Dialah tuhan yang mencipta kamu lalu menjadikan anggota kamu sesuai dengan fungsinya serta menjadikan binaan tubuh badan kamu sama padan dengan kekuatannya “.  

     B. Iklim :
  • Keadilan Allah terserlah melalui penciptaan muka bumi yang mempunyai pelbagai iklim
  • Penduduk yang tinggal di kawasan khatulistiwa menjadikan nasi sebagai makanan asasi mereka kerana iklim dan muka bumi mereka sesuai untuk tanaman padi
  • Penduduk di kawasan menditirinian menjadikan roti sebagai makanan asasi mereka kerana iklim dan muka bumi mereka sesuai untuk tanaman gandum


     
     C. Hukum dan Peraturan :
  • Hukum-hukum dan peraturan islam adalah satu keperluan manusia
  • Semua hukum yang ditentukan oleh Allah adalah adil dan saksama untuk mewujudkan keadilan dan kesejahteraan 
    3. Kesan Melaksanakan Sifat Adil :
  • Negara aman dan tenteram 
  • Diberkati dan dihormati oleh Allah
  • Dihormati dan disegani oleh orang lain 
   4. Akibat Tidak Berlaku Adil :
  • Kehidupan tidak aman 
  • Mendapat kemurkaan Allah 
  • Berlaku perpecahan di kalangan masyarakat

Thursday, September 18, 2014

AL-ALIM : ALLAH MAHA MENGETAHUI

    1. Maksud Allah Bersifat Al-Alim :

  • Al-Alim bermaksud maha mengetahui
  • Allah mengetahui segala-galanya 
  • Tidak ada sesuatu yang tersembunyi daripada ilmu Allah
  ( Surah AL-Malik ayat  13 )
Beramaksud : Dan sembunyikan atau jelaskanlah percakapan kamu, sesungguhnya dia ( Allah )mengetahui apa yang terlintas di hati kamu.

  2. Perbezaan Ilmu Allah dan Ilmu Manusia :

      A. Ilmu Allah :
  • Ilmu Allah tidak memerlukan kajian kerana Allah yang mencipta segala-galanya
  • Allah mengetahui perkara ghaib, malah tidak ada sesuatu yang ghaib bagi Allah 
     B. Ilmu Manusia : 
  • Pengetahuan manusia bergantung kepada sejauh mana kebolehannya mendapat maklumatnya. Manusia boleh mengkaji bulan dengan teleskop, menyelam ke dasar lautan untuk menggali petroleum dan mengesan virus yang membiak menggunakan mikroskop
  • Ilmu manusia tidak dapat mengjangkau ke alam ghaib seperti alam barzakh dan alam akhirat


  
 3. Amalan yang Bertentangan dengan Sifat Al-Alim :
  • Belajar secara sambil-lewa
  • Tidak jujur dalam melakukan kebaikan 
  • Memandang ringan terhadap dosa dan kemungkaran 

AL-HAKIM : ALLAH MAHA BIJAKSANA

    1.Maksud Allah Bersifat Al-Hakim :
  • Al-Hakim bermaksud maha bijaksana 
  • Kebijaksanaan Allah terserlah pada segala ciptaannya yang beraneka rupa 
  • Sesetengah kita boleh melihat kebijaksanaan Allah tetapi ada yang kita tidak boleh melihatnya
   2.Tanda-Tanda Allah Bersifat Al-Hakim :
    
     A. Cap Jari Manusia :
  • Manusia mempunyai cap jari tersendiri
  • Tidak ada sesiapa yang mempunyai cap jari yang sama walaupun saudara kembar
( Surah Al-Qiamat ayat 3-4 )

Beramaksud : Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan ( kembali ) tulang-belulangnya ? Bukan demikian, sebenarnya kami berkuasa menyusun kembali hujung jari-jemarinya dengan sempurna .

      B. Pepohon Hijau :
  • Daun-daun hijau menjalankan proses fotosintesis
  • Dalam proses ini, oksigen turut terhasil
( Surah Yassin ayat 80 )

Bermaksud : Dia ( tuhan ) yang menjadikan api ( boleh didapati ) daripada pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun sentiasalah menyalakan api daripada pohon itu. 
     
      C. Penciptaan  Laut dan Sungai :
  • Allah mencipta air laut masin, manakala air sungai tawar
  • Bahkan antara kedua-duanya terdapat sempadan atau pemisah



    3.Kesan Beriman kepada Al-Hakim :
  • Pandai menguruskan kerja mengikut keutamaan 
  • Menghargai setiap ciptaan kurniaan Allah 
  • Menggunakan nikmat akan untuk mencari keredaan Allah 
   4. Amalan yang Bercanggah dengan konsep Al-Hakim : 
  • Banyak berkhayal dan berangan-angan 
  • Memandang rendah orang yang berilmu pengetahuan  
  • Menyalahgunakan nikmat akan untuk melakukan kejahatan  

Wednesday, September 17, 2014

AL-RAHIM : ALLAH MAHA PENYAYANG

1. Maksud Al-Rahim :

  • Al-Rahim bermaksud maha penyayang
  • Nama Allah yang mulia ini berasal daripada perkataan rahmat yang mengandungi makna penuh kasih sayang, kebajikan dan kemuliaan
  • Allah menyayangi orang yang pemurah terutama kepada orang  mukmin di dunia dan di akhirat

( Surah Al-Ahzab ayat 43 )


Bermaksud : Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat (memohon keampunan untukmu), supaya dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya . Dan adalah dia (Allah) sentiasa melimpakan rahmatnya kepada orang yang beriman ( di dunia dan di akhirat).
    2. Kesan beriamn dengan Allah yang Bersifat Al-Rahim : 

  • Bersyukur kepada Allah dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan 
  • Menggunakan nikmat kurniaan Allah dengan sebaik-baiknya
  • Menjaga hubungan baik sesama manusia 
3. Ciri-Ciri Tindakan yang Bertentangan dengan Konsep Al-Rahim :
  • Bersifat baghil
  • Bersifat begis, pemarah dan suka bergaduh
  • Tidak menghormati guru, ibu bapa dan para pemimpin  
4. Perbezaan antara Sifat Al-Rahman dengan Al-Rahim :
   
      A. Al-Rahman :
  • Untuk semua hamba Allah sama ada islam atau bukan islam
  • Untuk nikmat di dunia sahaja seperti kekayaan, pangkat, kesihatan  dan lain-lain
       B. Al-Rahim :

  • Khusus untuk orang yang beriman sahaja 
  • Untuk nikmat di dunia dan di akhirat seperti nikmat islam, iman, hidayah, pahala, syurga dan lain-lain 

AL-RAHMAN : ALLAH MAHA PEMURAH

    1. Maksud Al-Rahman :
  • Al-Rahman bermaksud maha pemurah
  • Allah maha pemurah kepada semua makhluk tanpa mengira sama ada mukmin atau kafir
( Surah Al-Hasyr ayat 22 )
Bermaksud : Dialah Allah yang tiada tuhan yang berhak disembah melainkan dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, dialah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
    
    2. Bukti Allah Maha Pemurah :
  • Minda yang cerdas untuk membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk
  • Rezeki yang melimpah ruah untuk memenuhi keperluan hidup di dunia
  • Tubuh badan yang sihat untuk menjalani kehidupan dengan sempurna 
    3. Ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Al-Rahman :
  • Berputus asa daripada rahmat Allah
  • Bakhil serta benci akan orang miskin 
  • Bersifat begis dan kejam terhadap makhluk Allah sama ada manusia atau binatang








Monday, September 15, 2014

AL-WAHID : ALLAH MAHA ESA

    1. Maksud Allah Bersifat Al-Wahid :
  • Allah bersifat dengan Al-Wahid iaitu maha Esa
  • Maha Esa Allah meliputi zat, sifat dan af 'al
  • Maha Esa pada zat bermaksud bahawa Allah tidak ada perkongsian dalam memerintah dan mentadbir seluruh alam
  • Semua urusan dilaksanakan oleh Allah secara bersendirian
    2. Kesan Beriman dengan Sifat Al- Wahid :
     
      A. Akidah :
  • Bersih daripada perbuatan syirik dan kurafat
  • Reda menerima ketentuan Allah
      B. Ibadat :
  • Berkasih sayang sesama insan tanpa ada sebarang kepentingan
  • Melakukan sesuatu pekerjaan untuk mendapatkan keredaan Allah
      C. Akhlak :
  • Ikhlas dalam setiapa pekerjaan kerana Allah
  • Mendisplinkan diri dalam kehidupan 
    3. Ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Al-Wahid :
  • Melakukan ibadat bukan kerana Allah
  • Melakukan perkara syirik seperti meyembah berhala,bertenung nasib dan memuja syaitan
  • Menjalankan undang-undang dan peraturan yang bercanggah dengan syariat Allah

BERIMAN DENGAN ASMAUL HUSNA


    1. Maksud Asmaul Husna :
  • Asmaul Husna ialah nama-nama Allah yang indah
  • Nama-nama ini menunjukkan kesempurnaan Allah 
( Surah Al-Hashr ayat 24 )

Bermaksud : Dialah Allah yang mencipta sekalian makhluk, yang mengadakan ( daripada tiada kepada ada ), yang membentuk rupa ( makhluk-makhluknya menurut yang dikehendakinya ), baginyalah nama-nama yang indah dan bertasbih kepadanya segala apa-apa yang ada di langit dan di bumi, dan dialah yang maha mulia lagi maha bijaksana.

    2. Kesan Beriman dengan Asmaul Husna :
  • Menginsafi kelemahan diri
  • Sentiasa mengharapkan pertolongan Allah
  • Membudayakan sifat-sifat kesempurnaan Allah dalam kehidupan 



Thursday, September 11, 2014

SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN

    1. Konsep Sedekah :
  • Sedekah memberi sesuatu yang bernilai kepada orang yang memerlukannya.     
   2. Amalan Sedekah :
  • Melakukan keadilan antara dua orang
  • Membantu orang menaiki kenderaan atau menggangkat barang-barang untuknya
  • Menyebut perkara yang baik
  • Berjalan untuk menunaikan solat
  • Membuang perkara yang menyakiti di jalan
    3. Kesan Sedekah kepada Pemberi :
  • Melatih diri menjadi seorang yang pemurah dan menghayati penderitaan orang lain
  • Membersihkan diri daripada sifat kedekut, baghil, dan tamak
   4. Kesan Sedekah kepada Penerima :  
  • Dapat sama-sama menikmati nikmat pemberian oleh Allah
  • Memberi motivasi kearah berdikari dalam mempertingkatkan taraf hidup
    5. Implikasi Amalan Sedekah :

      A. Individu :

  • Mendapat keberkatan daripada Allah
  • Jasanya dikenang sepanjang zaman
      B. Keluarga :
  • Melahirkan keluarga bahagia dan berkasih sayang 
  • Mendapat keberkatan dan keredaan Allah
      C. Masyarakat dan Negara :
  • Membentuk masyarakat penyayang dan bantu-membantu
  • Menghimpunkan dana yang dapat menampung keperluan ekonomi negara