Pages

Friday, September 26, 2014

PUASA MENJANA KEPERIBADIAN MUSLIM : GOLONGAN YANG HARUS BERBUKA PUASA


    1. Keharusan Berbuka Puasa :
  • Islam ialah agama yang sesuai dengan fitrah manusia, fleksibel, dan mudah diamalkan tanpa membebankan manusia 
  • Contohnya ibadah puasa yang difardukan kepada manusia ialah untuk kebaikan  

   2. Golongan yang Harus Berbuka           Puasa :
  • Orang sakit tenat yang tiada harapan untuk sembuh 
  • Orang yang bermusafir melebihi dua marhalah
  • Orang yang sudah tua tidak mampu berpuasa

   3. Golongan yang Wajib Qada’, Wajib Fidyah, Wajib Qada’ dan kifarah        Puasa :

     1. Wajib Qada' :
  • Orang yang bermusafir diharuskan syarak 
  • Perempuan yang haid, wiladah dan nifas
  • Orang sakit yang dapat memudaratkan jika berpuasa
      2. Wajib Fidyah :
  • Orang yang mengalami sakit tenat dan tiada harapan untuk sembuh
  • Orang yang sudah tua dan tidak berdaya untuk berpuasa
      3. Wajib Qada' dan Fidyah' :
  • Orang yang lambat menunaikan qada' puasa hingga sampai ramadan yang berikutnya
     4. Wajib Qada' dan Kifarah :
  • Suami yang melakukan persetubuhan dengan sengaja pada waktu siang di bulan ramadan  

Tuesday, September 23, 2014

PUASA MENJANA KEPERBADIAN MUSLIM

    1. Takrif Puasa :
  • Puasa dari segi Bahasa bermaksud menahan diri
  • Manakala dari segi Istilah syarak bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari sisertakan dengan niat.
  • Puasa ialah rukun islam yang ke 3 dan wajib ditunaikan oleh umat islam 
  • Puasa mempunyai banyak kelebihan dan banyak berfaedah bagi umat islam
( Surah Al-Baqarah ayat 183 )

Bermaksud : Wahai orang beriman, diwajibkan di atas kamu puasa seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.

    2. Perkara yang Membatalkan Puasa :
  • Gila
  • Murtad 
  • Melahirkan anak
  • Pengsan sepanjang hari
  • Muntah dengan sengaja 
  • Keluar haid atau nifas
   3. Syarat-Syarat Waji Puasa :
  • Islam - Orang kafir tidak diwajibkan berpuasa kerana tidak ada maknanya selagi ia tidak memeluk islam
  • Baligh - Kanak-kanak tidak diwajibkan berpuasa sebelum ia baligh
  • Berakal - Orang yang tidak berakal atau gila tidak diwajibkan berpuasa
  • Bebas daripada uzur syarie - Uzur syarie yang menegah daripada puasa ialah haid, nifas dan n                                                 pitam sepanjang hari
                                                      - Uzur yang mengharuskan berbuka puasa ialah sakit yang boleh                                                             memudaratkan sekiranya berpuasa

   4. Syarat-Syarat Sah Puasa :

  • Mumaiz
  • Islam 
  • Berakal
  • Suci daripada haid dan nifas
   5. Perkara Makruh Ketika Puasa :
  • Berbekam
  • Berkumur secara berlebihan
  • Terlalu kerap atau lama mandi
   6. Hikmah Puasa :
  • Membina kekuatan jasmani dan rohani
  • Membina sifat ikhlas dan sabar ketika puasa
  • Merasai rasa keinsafan dan rasa belas kasihan terhadap fakir miskin
   7. Akibat Buruk Orang yang tidak Berpuasa  :
  • Dimurkai Allah
  • Hidup tidak akan tenang
  • Selalu berputus asa 


Sunday, September 21, 2014

SOLAT QASAR DAN JAMAK

    1. Rukhsah Solat :

  • Solat ialah ibadah yang paling penting kepada setiap muslim 
  • Ia wajib dilaksanakan mengikut waktu dan cara yang ditentukan 
  • Namun Allah yang maha pengasih memberi Rukhsah kepada hambanya yang bermusafir
  • Rukhsah ialah kemudahan atau keringanan untuk orang bermusafir untuk melaksanakan solat dengan cara Qasar dan Jamak
  • Seorang yang bermusafir kesuatu destinasi yang jauh diharuskan menunaikan solat fardhu secara Qasar dan Jamak atau kedua-duanya sekali

    Rukhsah Solat :   

  • Qasar 
  • Qasar dan Jamak 
  • Jamak
    2. Kemudahan Solat  Qasar dan              Jamak :

  • Jamak dari segi bahasa ialah himpunan atau kumpul
  • Istilah syarak, solat Jamak ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam satu waktu dengan syarat tertentu
  • Qasar pula segi bahasa ialah pendek dan ringkas
  • Segi istilah, solat Qasar ialah memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat
  • Hukum solat Qasar dan Jamak ialah harus 


    3. Syarat-Syarat Perjalanan yang Diharuskan Qasar dan Jamak :

  • Tidak bertujuan melakukan maksiat
  • Destinasi yang dituju melebihi dua marhalah 
  • Mengetahui destinasi yang dituju

   4. Maksud Solat Jamak dqn Takdim :

  • Solat Jamak Takdim ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama iaitu menunaikan solat zuhur dan menunaikan solat maghrib dengan solat isyak dalam waktu maghrib
  • Solat Jamak Takhir ialah menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu kedua, iaitu menunaikan solat zuhur dengan solat asar dalam waktu asar atau menunaikan solat maghrib dengan solat isyak dalam waktu isyak

    5. Hikmah Disyariatkan Solat Qasar dan Jamak :

  • Tanda-tanda kasih sayang Allah kepada umat nabi Muhammad
  • Memberi keringanan kepada umat islam untuk menunaikan solat fardhu ketika dalam perjalanan 
  • Supaya seseorang dapat melaksanakan ibadah solat yang begitu penting dan tidak boleh ditinggalkan 

BERIMAN DENGAN KITAB-KITAB SUCI

   1. Maksud Beriman dengan Kitab Suci :

  • Beriman dengan kitab-kitab suci bermaksud percaya serta membenarkan tanpa sebarang keraguan dengan apa-apa yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang terpilih daripada kalangan para rasul 
  • Setiap muslim wajib beriman dengan kitab-kitab suci sepenuh hati

    2.  Kandungan Al-Quran :

  • Akidah        : Beriman kepada Allah
  • Ibadat          : Menunaikan solat
  • Akhlak        : Berbuat baik kepada ibu bapa
  • Muamalat    : Jual beli 
  • Jenayah       : Hukum hadud
   3. Kesan Beriman dengan Al-             Quran :


  • Mendapat hidayah daripada Allah 
  • Mendapat rahmat dan keredaan Allah 
  • Mendapat ketenteraman jiwa

   4. Mukjizat Al-Quran :

  • Tiada sesiapapun mampu membuat dan menandingi Al-Quran
  • Isi kandungan Al-Quran terjamin kebenaran dan keasliannya sepanjang masa dan tidak mengalami perubahan

Saturday, September 20, 2014

BERIMAN KEPADA MALAIKAT : KESAN BERIMAN KEPADA MALAIKAT

 1. Kesan Beriman kepada Malaikat :

     A. Perkataan :

  • Mengeluarkan ucapan yang baik dan berfaedah 
  • Sering mendoakan kesejahteraan orang lain
  • Berzikir, bertasbih dan beristighfar kepada Allah
     B. Perbuatan :
  • Taat dan mematuhi perintah Allah, ibu bapa, guru dan pemimpin
  • Berdisiplin dalam menunaikan tanggungjawab
  • Rajin dan sabar dalam melakukan sesuatu pekerjaan 
     C. Hati :

  • Ikhlas kepada Allah dalam melakukan ketaatan
  • Berani dan teguh hati dalam menghadapi cabaran hidup
  • Jiwa sentiasa tenang serta tiada keluh-kesah
     D. Pemikiran :
  • Melakukan muhasabah (penilaian ) tentang kehidupan diri sendiri sama ada menjadi hamba Allah yang taat atau sebaliknya
  • Berfikir supaya dapat menjadi manusia yang paling baik, mulia dan sempurna seperti para malaikat
  • Tegas, tetap pendirian dan bijak membuat keputusan dalam urusan kehidupan

BERIMAN KEPADA MALAIKAT : TUGAS-TUGAS MALAIKAT

    1. Nama dan Tugas Malaikat yang Wajib Diketahui :
  • Malaikat ialah makhluk Allah yang taat
  • Mereka tidak pernah menderhaka
  • Semua arahan dan tugas yang dipertanggungjawabkan Allah dilaksanakan oleh para malaikat dengan penuh ketaatan dan dedikasi
( Surah Al-Tahrim ayat 6 )


Bermaksud : ….Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras, kasar ( layanannya ) mereka ( malaikat ) tidak menderhakai Allah terhadap apa-apa yang diperintahkan kepada mereka dan mereka sentiasa melakukan apa-apa yang diperintahkan .

   2. Nama dan Tugas Malaikat :


Jibril – Meyampaikan wahyu kepada para Rasul dan Nabi.
Mikail – Menurunkan hujan dan mengatur pembahagian rezeki.
Israfil – Meniup sangkakala pada hari kiamat sebanyak dua kali.
             Kali pertama menandakan kehancuran alam. Kali kedua
              menandakan bahawa manusia dihidupkan kembali.
Izrail – Mengambil nyawa setiap makhluk yang bernyawa.
Munkar – Menyoal orang mati di dalam kubur.
Riduan – Menjaga pintu syurga.
Rakib – Mencatat amalan baik setiap manusia.
Atid – Mencatat amalan buruk setiap manusia.    

    3 .Tugas Umum Malaikat :
  • Mendoakan orang mukmin yang beribadat
  • Bertasbih dan beribadat kepada Allah
  • Membantu dan menolong tentera islam

   4. Perbezaan Antara Tugas Malaikat  dengan Manusia :
    
      A. Tugas Malaikat :
  • Melaksanakan tugas dengan taat
  • Melakukan tugas tanpa balasan pahala
     B. Tugas Manusia :
  • Melaksanakan tugas dengan pilihan 
  • Melakukan tugas dan mendapat balasan pahala



Friday, September 19, 2014

BERIMAN KEPADA MALAIKAT : KEUNIKAN MALAIKAT

   1. Pengertian Beriman kepada Malaikat :

  • Setiap muslim mukallaf wajib beriman dengan kewujudan malaikat 
  • Malaikat merupakan makhluk Allah yang sentiasa taat dalam melaksanakan semua perintah dan arahan Allah 

   2. Keistimewaan Malaikat :

  • Malaikat ialah makhluk unik yang dicipta oleh Allah berbeza dengan kejadian manusia 
  • Mereka makhluk yang bersayap, dicipta daripada cahaya dan boleh menjelma dengan rupa lelaki yang kacak 
  • Berperanan sebagai utusan Allah dalam pemerintahan Allah yang luas 

 ( Surah Fatir ayat 1  )

Bermaksud : Segala puji bagi Allah pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan yang mempunyai sayap, masing-masing ( ada yang ) dua, tiga, dan empat. Allah menyembahkan pada ciptaannya apa-apa yang dikehendakinya, sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.

   3. Sifat-Sifat Malaikat : 

    
     A. Sifat-Sifat Malikat :
  • Tidak mempunyai jantina lelaki atau perempuan 
  • Tidak berkahwin dan tidak berketurunan
  • Tidak makan dan tidak minum
     B. Sifat-Sifat Manusia : 
  • Mempunyai jantina sama ada lelaki atau perempuan 
  • Berkahwin dan berketurunan 
  • Makan dan minum 

   4. Kesan Beriman kepada Malaikat :

  • Menerima dan mematuhi arahan yang tidak bercanggah dengan syariat
  • Ada teman ghaib yang menemani 
  • Berwaspada dalam sebarang tindakan