Pages

Tuesday, August 19, 2014

ILMU PENYULUH KEHIDUPAN

( Surah Al-Imran ayat 18 )




Bermaksud: Allah SWT menyatakan bahawasanya tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan dia yang mentadbir dengan penuh keadilan. Para malaikat dan orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian. Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan dia, yang maha kuasa lagi maha bijaksana.
  • Ilmu dari segi bahasa ialah pengetahuan
  • Ilmu dari segi istilah ialah pengetahuan sebenar terhadap sesuatu perkara
  • Ilmu sangat penting, dan manusia amat berhajat kepadanya 
  • Melalui ilmu pengetahuan, seseorang murid dapat membebaskan dirinya daripada belenggu kejahilan
  • Ilmu juga dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat 
  • Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu kerana ilmulah setiap individu muslim dapat mengenal ciptaan Allah
  • Manusia dapat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan bumi ini
   2. Martabat dan kelebihan orang berilmu :
                 
( Surah Al-Mujadalah ayat 11 )



Bermaksud: Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat, dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

    3. Ciri-ciri orang yang berilmu :
  • Ikhlas
  • Tawaduk
  • Beramal dengan ilmu 
  • Berkeyakinan diri 
  • Menyebarkan ilmu 
  • Menyelesaikan masalah
   4. Peranan ilmu dalam kehidupan :
  • Peranan ilmu kepada individu
  • Peranan ilmu kepada masyarakat
  • Peranan ilmu kepada negara 






No comments:

Post a Comment